#12/11/2017
Assalamualaikum uollss dan selamat bersua kembali dalam penerjahan seterusnya BUkit Kembara yang terletak d ampang jaya bersebelahan dengan Kelab Darul Ehsan. Hiking kali ini kapten bawak isteri dan anak untuk pendedahan heheh dan hiker Rainforest Trackers iaitu Zairul , Kak yani (all timer gunung ) dan juga Dell ( 1st time hiking ). Alhamdulillah cuaca kali ini amat baik dan berangin disekitar lokasi berkenaan . Kami berselfie terlebih dahulu seperti biasa dan kami ade kisah disebalik jalan masuk ni kerana bersebelahan banglo lama yg agak usang dan tidak berpenghuni tetapi ade tersimpan kereta mercedez di dalamnya.Cuma kali ini kapten mengalami sakit di bahagian mata kiri tapi xmelemahkan semangat kapten untuk hiking
Tanpa melengahkan masa kami bermula jam 8.30 pagi melalui denai yg bersebelahan dengan banglo tersebut.
xsampai 5 minit ade pulak air terjun mini di sebelah kiri denai tersebut dan terasa nyaman dan tenang disini.
Kami teruskan penerjahan mendaki sehingga ke checkpoint pertama (kat sini ade toilet dan source air untuk berehat) tapi pehhh mencanak tangga kat sini tersemput jugak la sikit hehehe .
Dell memperlahan rentak sikit hehehe kali pertama kan.
Kami berehat dalam 5 minit setelah terasa kecungapan nafas menaiki tangga bukit ni....kat sini terdapat belas kolam yang besar (rasanya tempat takungan air masa zaman duluan) dan sekarang tempat dimana ala ala kebun la sikit oleh penanam komuniti berdekatan.
Kami mendaki lagi ke atas dalam 20 meter sehingga terjumpa lokasi tercantik di bukit kembara ni iaitu tasik yang luas dan saujana mata memandang kelebarannya. Tak sangka masih ade lagi tempat sebegini dan begitu damai sekali ohhh rasa nak berkaraoke pulak.
Kami pun menghayati moment tersebut dengan serangan selfie berdas-das hehehhe
Setelah beberapa minit disini kami mengambil keputusan untuk round around this tasik dalam 2-3km jugak la ...(pongeh jugak) siap jumpe lagi air terjun mini lagi(kelihatan budak sedang enjoy bermandi manda disini).
Kami meneruskan dengan langkahan yg tenang dan keriangan sambil disapa beberapa hiker mat saleh yg membawa anjing sebagai pengiring mereka . Ada juga menggunakan lokasi ini sebagai running route dan juga memancing tetapi tiada pemancing dijumpai. Jalan punya jalan sehingga kami menjumpai trail untuk menuju ke Peak Bukit Kembara. Trail amat basah dan licin ketika menaiki dan perlu perhatian yang lebih .
Akhirnya kami tiba di puncak 9.30am dan kami dapati tiada hiker lain pun kat sini so kami berehat dan berselfie again untuk makanan hiker2 lain yang xpergi....hehehe
#Kami berjaya takluk bukit kembara ni !!
Tahniah untuk Dell (hiker baru) berjaya buat debut penerjahan bukit heheh dan kami bergegas turun dengan berhati2 kerana trail yang digunakan amat licin dan basah dek hujan semalam ...Alhamdulillah segala berjalan lancar sehingga penurunan bukit hampir ke lokasi permulaan kami , anak kapten terkena sentuhan ekor anjing pulak so kebetulan trek turun ade air terjun mini bolehla menyamak najis tersebut.
Kami tiba di bawah sekitar 9.50 pagi dan terus mengambil sarapan di perhentian minyak yang berdekatan.
Sekian Terima kasih
Kapten Rainforest Trackers
No comments:
Post a Comment