*19/11/2017
Assalamulaikum uollss....kapten kembali lagi mencatatkan sejarah hiking dan pada kali ini penaklukan bukit broga di semenyih. Malangnya cuma kapten sekeluarga sahaja yang dpt mengikuti program ni memandangkan hiker lain tersibuk tanpa sengaja. Dari rawang mengambil masa kira2 sejam untuk sampai ke lokasi ini dan kadar sewaan parking adalah sebanyak Rm2.00 untuk 2 org dewasa serta untuk ke tandas dkenakan caj RM1.00 seorang.
Tepat jam 9.00 pagi, kapten start hike melalui kawasan kelapa sawit yg tenang dan damai. Kebanyakkan hiker lain sudah pun turun kemungkinan mereka melihat panorama sunrise pada awal pagi. Untuk info kalian, Bukit Broga baru sahaja dibuka semula setelah 3 bulan tutup akibat penambahbaikkan laluan baru dan yang lebih selamat dan memudahkan.
Ini pintu masuk yang dtersedia manakala laluan sebelah kiri masih lagi ditutup.
Trek yg amat santai
setelah melalui trek selama 10 minit tiba la di entrance baru . Kat sini pakcik (chinese owner landlord) mengenakan RM1.00 untuk tiket masuk ke laluan trail baru bukit broga .
Maaf pic terbalik kerana penggunaan kamera yg lain hehe tapi boleh nampak kan...
Inilah starting grid hiking laluan baru la kut(yela sebelum ni xpernah pegi kan) anggap sahaja begitu.
Amat santai sekali dong......
Setelah menaiki selama 15-20 minit baru rasa terpenat sedikit kerana trek sudah dalam keadaan menaik...dan terus naik....
Untuk ke peak pertama
Anak kapten menaiki ke peak kedua (latihan awal untuk akan datang) tanpa penat dan bersemangat...
Mrs kapten yang ketinggalan tidak jauh dibelakang...hehe
Akhirnya kami tiba di peak kedua (ingat dh sampai atas dah) dan enjoy the moment of truth...
Ingat dh sampai tapi untuk ke puncak Broga kena menaiki lagi satu bukit la kawan2......
Trail untuk ke puncak Broga.........dalam masa 10 minit je kami sampai ke atas ....dan enjoy the view again....kat sini byk batuan dari tanah.....
Kat sini ada laluan ke Gunung Tuk Wan tidak dpt diteruskan kerana bekalan air hampir kehabisan..ramai juga hiker yg ingin nak naik tetapi bekalan air mereka juga kehabisan.
Setelah 10 minit di atas, akhirnya kami tidak meneruskan hike ke Gunung Tuk Wan memandangkan jarak perjalanan ialah 4.5km bersamaan 90 minit utk sampai ke puncak Tuk Wan....dan kami terus menuruni bukit secepat mungkin kerana cuaca sudah mulai gelap dan barangkali hujan akan turun....
Alhamdulillah mission accomplished
Sekian
Kapten Rainforest Tracker's
No comments:
Post a Comment