Monday, 6 November 2017

#Bukit Batu putih

#Bukit Batu putih
#04/11/17~05/11/17

Assalamualaikum uolls, bertemu Kita dalam catatan hiking keempat iaitu bukit Batu putih yg terletak d port Dickson, negeri sembilan. Kali ini amat berbeza sekali kerana Kita selitkan dengan berkhemah serta ber 'bbq' pada malamnya. Cuaca pada pagi sabtu hujan renyai bermula dari selepas subuh Dan kami memulakan perjalanan mengikuti​ lebuhraya Plus Dr rawang pada pukul 8.45pg seterusnya berhenti d r&r dengkil utk bersarapan..hujan masih turun tanpa menunjukkan reda ..
       Setibanya kami memasuki sempadan negeri sembilan hujan sudah mula berhenti dan kami meneruskan hingga ke lokasi yang disebutkan dalam pukul 11.15pagi. Setelah semua bersedia kami berselfie di pintu masuk dan membayar RM1 seorang tetapi En Syukri dengan murah hatinya membayar bagi pihak kami berlapan....(terima kasih lah)




Kami memulakan perjalanan melalui jalan tar yang tersedia untuk pendakian santai (x penat langsung ) cuma disini masih tergambar senyuman dikalangan hiker baru & yg lama sikit.







Kira2 20 minit perjalanan kami tiba di kawasan habitat haiwan terpelihara (singgah jengok dr luar je)


 

Dalam 10 minit tibalah kami di kawasan masuk permulaan pendakian sebelah kiri jalan tar tersebut manakala kawasan rumah api tanjung tuan berada di hadapan kami....kami decide utk terus ke event rasmi kami iaitu tracking bukit batu putih







Sesuai untuk beginner level kami terasa keseronokkannya , track sangat santai melalui pokok2 yang bersih dari semak, permukaan yg sedikit basah (hujan sepanjang pagi tadi) dan udara yang sgt nyaman.



setelah 15-20 minit track sampaila kami pada cabarannya untuk menaiki batu yang tinggi iaitu puncak bukit batu putih 






Spy troop yang naik dulu dan setelah confirm puncak maka kami menuju puncak tepat jam 12.00 tgh hari

















setelah menghabiskan pengalaman berada di puncak ni selama 5-10 minit kami pun menuruni semula batu putih ini dengan perlahan dan berhati2

 turun sehingga ke lokasi rumah api pulak






Nasib baikla kapten yg buat blog kalau dorang entah banyak la gambar selfie kut (selfieholick) kemudian kami turun semula ke tempat masuk tadi
misi accomplished !!!
Oleh kerana perut masing2 dah keruk kerik kami p makan dulu di kawasan berdekatan nasi putih ayam bakar (kongsi sorang sikit) dan seterusnya cendol time.

setelah kenyang kami ke lokasi perkhemahan yang dirancang iaitu Pantai Blue Lagoon. Dengan segera kami membuat persiapan memasang khemah dan tempat untuk ber 'BBQ' untuk malam ni.









Dah settle semuanya kami pun berehat dan mandi laut la apa lagi....sekianla untuk catitan kali ini heheh padahal journey kami xhabis setakat ni sahaja kami bermalam sambil acara berBBQ di malam hari dan menangkap baby Crab serta bercerita sambil mendengar petikan gitar Hakim rusli Adabi..
Akhir kata, panjang xkata apa-apa pun cuma kami amat enjoy secara santai dan menguatkan lagi silaturrahim samada dikalangan hiker kumpulan juga group hiker yg lain.
Assalamualaikum dan moga bersua kembali yea

Kapten 
Rainforest Tracker's


No comments:

Post a Comment

#Gunung Brinchang Barat 2031 meter

#Rainforest Tracker's 25/02/2018 #Gunung Brinchang Barat 2031 meter Assalamualaikum uolsss , selamat bersua kembali dalam episod hiking...