#Bukit Engku Busu 331 meter
Assalamualaikum uollss dan salam sejahtera bersua kembali perjalanan hiking seterusnya iaitu Bukit Engku Busu 331 meter yg terletak d teluk batik, Lumut. Kali ini kami seramai 12 orang pendaki yg sanggup memikul tanggungjawap sebagai ahli Rainforest team dan kami bermula seawal 5.30 pagi d rawang dan memulakan perjalanan singgah solat subuh d R & R Rawang dan meneruskan melalui lebuhraya PLUS dan exit Teluk Intan dan melalui jalan lama utk ke Lumut .
Kami tiba d perkarangan bukit Engku busu sekitar 10.10 pagi
Setibanya disini xbanyak kereta yg berada di lokasi bukit ini manakala rakan kami adeq & asmah sudah menaiki lebih awal .
Guide yg sudah tersedia....
Kami bermula dgn regangan dan senaman ringan serta bacaan doa bagi memulakan pendakian.
Dengan semangat juang mereka meneruskan langkah demi langkah
Setelah 50 minit kami sampai jugak d peak engku busu akan tetapi view xberapa menarik so kami sekadar mendakap langskap view yg sgt awesome SubhanaAllah
Nampak pelabuhan lumut (Navy) dan sgt awesome kat sini....50 minit yg berbaloi..
Enjoy the view
dh siap........our men's
Tagline trademark marker Rainforest
Setelah 20 minit kami mengambil langkah utk menuruni bukit ni dgn santai dan berhati2....
Alhamdulillah kami dh sampai bawah kurang dr 40 minit je....
Sign off Engku Busu
Edisi hiking tamat utk hari ni dan kami terus memberi kelengkapan dan makanan dan terus ke ke homestay Noriswang Lumut utk menginap dan pada sebelah mlmnya seisi pot luck & BBQ ...yessss
*Hiking Peak 300 (Teluk Batik-Solo)
Hari kedua kami membuat hal masing2 ade yg ke pantai (ladies) , en shukri & hakim ke pantai utk memancing manakala kapten biasalah mengutamakan latihan hiking so terus ke entrance masuk Peak 300 di area pantai teluk batik bersebelahan Hotel Seri Malaysia.
Ramai la yg naik hari ahad sampai nak jalan pun kena beratur..
dalam masa 10 minit je kat atas ni kerana terlalu ramai so kapten mula turun semula..
Kapten sign off Peak 300 10.30pg (28 minit je)
Setelah berkumpul kami pulang ke homestay utk mandi dan makan tghari yg disediakan oleh Pn Izan aka kak positif ...gulai lemak ayam chili api pehh terbaik
Mendaftar keluar 12.30tgh hari
Sign Off Teluk Batik Event
Kapten Rainforest Team
0173849497
No comments:
Post a Comment