#17/12/17
Assalamualaikum uollss ...moga kalian semua berada dalam keadaan sihat wal'afi'at..Hiking seterusnya adalah penaklukkan Bukit Kutu di Kuala Kubu Baru....Wow dengan rasa syukur this is the big moment for us kerana persediaan yg sederhana malah tiada permit pun sempat dbuat tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t(erti kata lain kami redah je la)
Kami bermula awal pagi ini sekitar 7.30 pagi dan berkumpul sehingga kesemua hiker bersedia...
Terpaksa berjalan 1km utk ke pintu masuk Bukit Kutu dr car park (kena RM1 seorang ketika masuk dan dikawal oleh pos pengawal org asli)
Dah nampak jambatan copper yg pertama (pintu masuk) dan kami melaluinya...8.00pg
Jambatan yg kedua(308meter) ....kat sini kena berhati2 dan minta tolong kawan2 utk menyeberang (takut terjatuh dan hanyut pulak) kalau pro sambil berlari digalakkan...hekhek
kami sampai di lokasi river yg ketiga(333 mtr) ..yg ini kena bukak kasut atau yg guna croc tu sesuai sgt la redah.....anyway kat sini bolehla nak berkubang tapi pagi2 memang idoklaaa, kami meneruskan perjalanan....
Kami tiba di CP2 (518meter) setelah mengharungi selama sejam suku utk ke sini ...
Kami meneruskan lagi pendakian yg tiada penghujung ini heheheh
naik lagi geng......
Hampir sejam dari CP2 sampai jugak CP4 (653 meter)
Kat sini uolls boleh layan view panorama yg sgt awesome (Alhamdulillah)
Tanpa melengahkan masa kami meneruskan ke CP 5
Akhirnya kami sampai di CP5 (770 meter) iaitu 'the big overhanging rock'
Kami terus naik lagi ikut trail tedung
Trek menaik lagi .......oooo tidak.......bayangkan mengadap 150 meter lagi utk ke CP6,CP7 (5 meter),CP8 (50 meter) pehhhhh
Akhirnya setelah 4 jam suku kami sampai ke destinasi yg dinantikan ....BukIt Kutu Peak
Kawasan nya luas dan sesuai utk menyediakan khemah dan ada punca air disini
Kami pun berehat dan mkn tghari iaitu roti sandwich dan jajan (yg simple aje)
Sudah tiba masanya utk moment of truth menuju peak kutu nun di atas sana..
Akhirnya finally kita menakluk bukit kutu...xramai pun yg naik tapi oklaa for our team
Menuju Puncak Kutu
Allahu akbar......SubhanaAllah.......Alhamdulillah
Alhamdulillah mission accomplished
Sesi puncak tamat
Kami berehat semula dan selepas ni ke mansion english yg sudah terbiar.....dalam 10-15 minit je lagi
Oleh kerana seram sejuk disini kami pun mengambil keputusan beredar secepat mungkin...
Picture terakhir di puncak bukit kutu....succeed
Kami bergerak turun sekitar 2.15pm dan perjalanan turun bukannya mudah, kena gunakan kekuatan lutut dan kaki malah ade jugak yg pewai dan tergelincir kerana tapak kasut yg xsesuai atau sudah keletihan .....Kami tiba di bawah sekitar jam 4.00-5.30 ptg dan mengambil peluang berendam di dalam sungai ..tepat jam 6.00ptg kami beredar meninggalkan Bukit kutu....
Rainforest Tracker's Kapten
Sign Out
No comments:
Post a Comment