#10/12/2017
Assalamualaikum uollss, bersua kita dalam episod pembukaan disember rainforest tracker's. Kali ini kita layan penaklukan bukit lagi sekitar selangor yea...
Alhamdulillah kali ini rekod penyertaan adalah seramai 17 orang ...wow sambutan kali ini amat menceriakan kelab ni......
Seawal 6.45pg kami sudah mula berkumpul dan bersarapan tetapi biasala kan kalau pergi ramai2 ni faham2 je la .....kucing nak beranak la....xjumpe mangga pintu la...hehehhe gurau je, anyway kami bergerak lingkungan 7.15pg melalui jalan rawang-selayang untuk meet up dell dan terus ke mrr2 sehingga tiba d lokasi. Mcm biasa Zairul standby di lokasi iaitu perkarangan OCBC Alam Damai dalam 8.15pg.
Starting point kat sebelah kondo.....jalan tar der....
Menaiki sambil merentasi sisi pagar kondo terdekat sehingga jumpa rumah tangki pertama disebelah kanan....
Aktiviti pemanas badan boleh tahan jugak le (naik tiap2 minggu pun terasa jugak pongehnya..)
Dalam 20 minit menaiki baru sampai rumah tangki air kedua ....kat sini ade dua laluan kiri dan kanan so kita decide kiri kerana denai elok dan bersih sedikit yea....
Laluan amat santai dan juga mendamaikan hikers ....
Suka la korang ye.....tunggu la kejap lagi taw
Trek canak yg pertama rasanya kena guna tali utk ke atas dan sampai puncak pertama kira2 150 meter....
Sabar je la aksi dorang ni....kapten nak ambik view yg awesome tetiba mereka berdiri di depan ni plak....aduiiiii
cukupla korang weiiii....moh kita naik lagi pulok
Trek mula susah dan menaiki lagi.......
Alhamdulillah, kira dalam sejam jugak baru kitorang sampai puncak kedua yg dipercayai lingkungan 260 meter .....so kita bercadang utk rest dan selfie....tahniah uollss terutama hiker yg jarang join ataupun xpernah join hehehe
Setelah berehat 20 minit kami meneruskan ke atas lagi utk ke menara pencawang ....
Laluan tikus la guys kecik dan sempit....dalam 5-10 minit kami sampai di kem base dipercayai puncak 291 meter....
Salah sorang dr kami x ikut utk ke menara pencawang kerana exhausted dan pening pale so dia berehat di kem ni ....
Laluan kami terhalang dan xselamat so kami decide patah balik dan guna laluan kedua utk turun .....Laluan sekitar sini merbahaya kerana semak samun dan kurang selamat utk hikers....
setelah rehat 5 minit kami kami teruskan perjalanan turun tetapi.........
rupanya kita sampai ketempat puncak ketiga tadi ...apa lagi merusuh la dorang ni ..bawak bersabar ye guys.....
So hari ni kerana kesilapan laluan kita mengharungi 291 meter plus 150 lagi utk menaiki semula ...tahniah utk semua hikers ye ...kami turun le..
Kami sampai bawah dalam 12.00 dan ambik kesempatan berehat di perkarangan OCBC. Masing2 pun dh kelaparan so kita decide ke Burger King
Sekian Terima kasih
Catatan Kapten Rainforest
No comments:
Post a Comment