Wednesday, 27 December 2017

#Bukit Sri Bintang (155 meter)

#Bukit Sri Bintang (155 meter)
#25/12/2017

Assalamualaikum uollss dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan semoga kalian dirahmati Allah S.W.T. Berbeza dengan penaklukan sebelum ini kerana kali ini lebih kepada aktiviti solo hiking kerana last minute planning dan kebetulan kapten sedang dalam kebosanan bercuti hehhe (low budget utk perjalanan jauh) so lokasi kali ini Bukit Sri Bintang berhampiran manjalara dalam kawasan kepong. Cuma kali ini bermula agak lewat sedikit kerana mencari lokasi hiking yg agak sukar dan mengelirukan.
Starting yg agak santai gile (9.30pagi) 
hati2 kat sini kawasan rumah banglo so privasi sikit nak park kereta ni ye

Laluan santai bermula....


Trek menaik bermula.......

Kat sini ade kawasan perumahan mencurigakan...



Guys kat sini nyamuk pun banyak jugak....


pokok getah yg dahulunya sebagai hasil rakyat setempat masa zaman jepun dulu....

Katmana la gopal bawak kapten ni....redah je la

Akhirnya ...mmm...rasanya baru je naik dh sampai puncak kut...fuhhh (20 minit )




bleh tahan teriknya jugak le

Dah sampai 1st peak 145mtr


Best view kat sini......


nun jauh 2nd peak 155mtr



masa ni xramai org kat sini...aku ..dia ..kamu

Laluan altenatif menaiki



Menuju ke 2nd peak

Rupanya kami xikut di laluan atas ni ....kami mengambil laluan hutan sejauh 1.5km utk ke sana.
Ada kisah mengerikan ketika melalui laluan tersebut. Dalam perjalanan kami terserempak makhluk yg amat mengerikan dan menggerunkan iaitu seekor ular tedung sedang melintasi laluan denai dan hampir sahaja terpijak oleh En Gopal, beliau cuma terdiam dan biarkan sahaja ular berkenaan melintasi denai tersebut. Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku kami meneruskan langkah dgn penuh berhati2...dalam 20 minit kami sampai ke 2nd peak.....tadaaaaa

rasanya bukit lagong ni 

View yg sgt awesome.....alhamdulillah



Muka xlarat nak senyum...(panas bak hang)



Daripada cerita En Gopal masih ade laluan hutan dan denai seperti ini utk ke peak 3 iaitu bersambung dengan Bukit Kiara tetapi cuaca semakin panas so kita mengambil keputusan utk patah balik ke starting grid ....


the way back 

Kali ini kami ambil jalan mudah dan selamat ikut laluan yg cerah dan selesa.....



Bergambar kenangan dgn gopal....

Very simple and much easier than ever....
Hope will see you all again coming soon
Sign Off

Monday, 18 December 2017

#Bukit Kutu 1093 mtr

#Bukit Kutu 1093 mtr
#17/12/17

Assalamualaikum uollss ...moga kalian semua berada dalam keadaan sihat wal'afi'at..Hiking seterusnya adalah penaklukkan Bukit Kutu di Kuala Kubu Baru....Wow dengan rasa syukur this is the big moment for us kerana persediaan yg sederhana malah tiada permit pun sempat dbuat tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t(erti kata lain kami redah je la)

Kami bermula awal pagi ini sekitar 7.30 pagi dan berkumpul sehingga kesemua hiker bersedia...
Makin seronok pulak kak positivity kita ni join
Terpaksa berjalan 1km utk ke pintu masuk Bukit Kutu dr car park (kena RM1 seorang ketika masuk dan dikawal oleh pos pengawal org asli)

Dah nampak jambatan copper yg pertama (pintu masuk) dan kami melaluinya...8.00pg
Mudah je yg ini.....
Jambatan yg kedua(308meter) ....kat sini kena berhati2 dan minta tolong kawan2 utk menyeberang (takut terjatuh dan hanyut pulak) kalau pro sambil berlari digalakkan...hekhek
trek yg santai dan menyamankan hikers

hati2 melintas tu arif rayyan


all timer yg anchor kat belakang

steady bang long fadil (1st debut with us)



kami sampai di lokasi river yg ketiga(333 mtr) ..yg ini kena bukak kasut atau yg guna croc tu sesuai sgt la redah.....anyway kat sini bolehla nak berkubang tapi pagi2 memang idoklaaa, kami meneruskan perjalanan....
Trek mendaki guys....

sempat jugak brek selfie tu....


trek memang xbagi can wooooo

Kami tiba di CP2 (518meter) setelah mengharungi selama sejam suku utk ke sini ...
Utk gugurl tapi kapten selit jugak


Kami meneruskan lagi pendakian yg tiada penghujung ini heheheh
jumpe lagi akar sebegini sepanjang pendakian
naik lagi geng......

pehhhh mencanak siul ........meredah 600-650 meter 
Take a break jap....semput
Bila nak habis ni........
Sempat jugak aksi cat meow meow
Hampir sejam dari CP2 sampai jugak CP4 (653 meter)
Kat sini uolls boleh layan view panorama yg sgt awesome (Alhamdulillah)


Awesome tak wei....

Terbaek.....kata kapten..
Ade je akal yana ni.......apa-apa pun berhati2 guys

Tanpa melengahkan masa kami meneruskan ke CP 5
Berehat lagi....bila nak sampai daaaa
Akhirnya kami sampai di CP5 (770 meter) iaitu 'the big overhanging rock'



Kat sini pun dalam 10 minit rehat ...
Kami terus naik lagi ikut trail tedung
Trek menaik lagi .......oooo tidak.......bayangkan mengadap 150 meter lagi utk ke CP6,CP7 (5 meter),CP8 (50 meter) pehhhhh




Bila sampai sini dh semakin hampir utk trek landai pulak...

Akhirnya setelah 4 jam suku kami sampai ke destinasi yg dinantikan ....BukIt Kutu Peak
Kawasan nya luas dan sesuai utk menyediakan khemah dan ada punca air disini
Kami pun berehat dan mkn tghari iaitu roti sandwich dan jajan (yg simple aje)
Hiker yg terakhir sampai ...heheh








Sudah tiba masanya utk moment of truth menuju peak kutu nun di atas sana..

Akhirnya finally kita menakluk bukit kutu...xramai pun yg naik tapi oklaa for our team









MOment of truth

Menuju Puncak Kutu


kapten memberanikan diri demi team
Gayat wei.....
Allahu akbar......SubhanaAllah.......Alhamdulillah




 Kat atas ni xboleh berdiri kerana ketika ini angin sgt kencang walaupun tghari taw.....harap semua hiker yg nak mai nanti berhati2 taw.....
Tahniah utk min sampai batu besar yg pertama je...
Kami la penakluk kutu 

Special moment for him......


Alhamdulillah mission accomplished
Dell pun naik batu yg pertama saje...(xcukup berani utk ke puncak)


Hiker lain yg menunggu giliran....dan juga yg xberani nak naik...heheh




Sesi puncak tamat
Kami berehat semula dan selepas ni ke mansion english yg sudah terbiar.....dalam 10-15 minit je lagi






Oleh kerana seram sejuk disini kami pun mengambil keputusan beredar secepat mungkin...
Kami mula berkemas utk pulang


Trademark team....

Picture terakhir di puncak bukit kutu....succeed 

Kami bergerak turun sekitar 2.15pm dan perjalanan turun bukannya mudah, kena gunakan kekuatan lutut dan kaki malah ade jugak yg pewai dan tergelincir kerana tapak kasut yg xsesuai atau sudah keletihan .....Kami tiba di bawah sekitar jam 4.00-5.30 ptg dan mengambil peluang berendam di dalam sungai ..tepat jam 6.00ptg kami beredar meninggalkan Bukit kutu....

Rainforest Tracker's Kapten

Sign Out
































#Gunung Brinchang Barat 2031 meter

#Rainforest Tracker's 25/02/2018 #Gunung Brinchang Barat 2031 meter Assalamualaikum uolsss , selamat bersua kembali dalam episod hiking...