Tuesday, 12 December 2017

#Bukit Botak Puncak Alam aka Bukit Cherakah

#Bukit Botak Puncak Alam aka Bukit Cherakah 214 meter
#11/12/2017

Assalamualaikum uollsss...bersua lagi penaklukan terbaru iaitu Bukit Botak Puncak Alam aka Bukit Cherakah setinggi 214 meter. Cuma kali ini kapten xmembawa troop pun cukup sekadar family sahaja bukan ape anak yg semangat nak hiking lagi....hehehe...xpe guys sorry and kapten will fullfill your time next yea....

 
Kapten bermula lambat hari ini sekitar 10.20pg dan setibanya di lokasi rasanya ramai hiker yg naik awal pagi....kebetulan juga hari ini bersamaan hari keputeraan sultan selangor so ramai la yg cuti dan jalan lengang je sepanjang perjalanan.
Trek menaiki bersebelahan rumah tangki air taman terdekat

sayup jugak kat parking kereta tu....



Trek menaiki di ladang kelapa sawit

Dalam 20 minit perjalanan kami tiba di lokasi menarik iaitu di bawah menara besi TNB yang memberi panorama yg superb....Subhanallah ...menghijau je saujana mata memandang...
 Siap ade teh ais di tangan....


Trek hutan akan bermula sekejap lagi dan ini laluan menaiki bukit pada papan  (ENTER)

Trek santai jer
segala langkah keselamatan di ambil kira

Sesudah 30 minit menaiki kita sampai di kem paet....dan view kat atas ni superb bro.....


Tengok si rayyan xsabar nak jalan terus ...

Masih jauh lagi pendakian ni....come on 
Laluan ke bukit cherakah

gambar belakang kem paet tadi


akar berpintal besar2 di kawasan ni.....
berehat sebentar.....pacak siul

ermm... kat sini baru landai ooo rupanya dh sampai peak pun
yes....walaupun 214 meter pongeh jugak dgn bekalan air yg ngam2 je
Pendakian diteruskan lagi ke bukit botak

nak selfie jugak di atas pokok yg special ni....

Trek kembali menaiki....



tiba di kem tagar 10 minit sebelum ke puncak bukit botak
berpeluh jugak la utk sampai ke sini
Finally dh sampai ke puncak bukit botak dalam 11.45pg.....enjoy the view guys



Memang botaklaa bukit ni akibat penebangan dan construction yg bakal dibuat di puncak ni...sayang sekali


laluan utk ke sana di halang oleh operasi construction
lapar sgt anak kapten ni....




cantik bukan.......oh my Allah

Bila la nak pergi yg sane pulok tu...

Selepas menghayati panorama dalam10 minit kami beredar dan kembali turun ke tapak permulaan .....perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja ....

Akhir kata dimana ade kemahuan dan keupayaan, redah je....insyaAllah dipermudahkan urusan sekiranya kita sentiasa berdoa dan ingat pada Allah k

Bon voyage 

Rainforest Tracker's Captain
Sign out













Monday, 11 December 2017

#Bukit Besi Alam Damai 291 mtr

#Bukit Besi Denai Alam (291 meter)
#10/12/2017

Assalamualaikum uollss, bersua kita dalam episod pembukaan disember rainforest tracker's. Kali ini kita layan penaklukan bukit lagi sekitar selangor yea...
Alhamdulillah kali ini rekod penyertaan adalah seramai 17 orang ...wow sambutan kali ini amat menceriakan kelab ni......
                                      
Seawal 6.45pg kami sudah mula berkumpul dan bersarapan tetapi biasala kan kalau pergi ramai2 ni faham2 je la .....kucing nak beranak la....xjumpe mangga pintu la...hehehhe gurau je, anyway kami bergerak lingkungan 7.15pg melalui jalan rawang-selayang untuk meet up dell dan terus ke mrr2 sehingga tiba d lokasi. Mcm biasa Zairul standby di lokasi iaitu perkarangan OCBC Alam Damai dalam 8.15pg.
 Sorang xde dalam gambo...sorry 

Starting point kat sebelah kondo.....jalan tar der....

Menaiki sambil merentasi sisi pagar kondo terdekat sehingga jumpa rumah tangki pertama disebelah kanan....

 Aktiviti pemanas badan boleh tahan jugak le (naik tiap2 minggu pun terasa jugak pongehnya..)
 
Dalam 20 minit  menaiki baru sampai rumah tangki air kedua ....kat sini ade dua laluan kiri dan kanan so kita decide kiri kerana denai elok dan bersih sedikit yea....

Laluan amat santai dan juga mendamaikan hikers ....



Suka la korang ye.....tunggu la kejap lagi taw
View yg amat awesome wei.....

Trek canak yg pertama rasanya kena guna tali utk ke atas dan sampai puncak pertama kira2 150 meter....


Sabar je la aksi dorang ni....kapten nak ambik view yg awesome tetiba mereka berdiri di depan ni plak....aduiiiii



cukupla korang weiiii....moh kita naik lagi pulok


Trek mula susah dan menaiki lagi.......


Alhamdulillah, kira dalam sejam jugak baru kitorang sampai puncak kedua yg dipercayai lingkungan 260 meter .....so kita bercadang utk rest dan selfie....tahniah uollss terutama hiker yg jarang join ataupun xpernah join hehehe

We are here .......

dh macam tugu negara pun ader ni...


hafiz a.k.a mat selipar
Trademark tag hiker yg tular ketika ini

Asyik muka dorang je yg selfie ni....yg lain xlarat kut
Kan dh ckp ...jgn under estimate bukit hehe


Org yg bertanggungjawab ....kapten & presiden

Setelah berehat 20 minit kami meneruskan ke atas lagi utk ke menara pencawang ....




Laluan tikus la guys kecik dan sempit....dalam 5-10 minit kami sampai di kem base dipercayai puncak 291 meter....





dua dara pingitan....peewiit...
Kapten was here....thanks to hiker E & W
Salah sorang dr kami x ikut utk ke menara pencawang kerana exhausted dan pening pale so dia berehat di kem ni ....

 Wow ..Subhanallah


Laluan kami terhalang dan xselamat  so kami decide patah balik dan guna laluan kedua utk turun .....Laluan sekitar sini merbahaya kerana semak samun dan kurang selamat utk hikers....
Dengar patah balik seronok si min ni hehehe

Trek menurun pulok yea


laluan turun ke waterfall....bunyi mcm best jer 

Kah kAh kah....kecik jer waterfall ni (ketinggian 150 mtr)
setelah rehat 5 minit kami kami teruskan perjalanan turun tetapi.........
Trek menaiki pulok.....aduhhh
 Segala tohmahan kapten telan je......
Kat sini ade yg semput pulok...
Sikit lagi nak jadi hulk akak ni....sorry
Dh sampai ....eh oooo kat sini balik...

rupanya kita sampai ketempat puncak ketiga tadi ...apa lagi merusuh la dorang ni ..bawak bersabar ye guys.....

Kami melambai kepuasan dengan hati yg tenang semula (hehe entahle ape perasan dorang) 

So hari ni kerana kesilapan laluan kita mengharungi 291 meter plus 150 lagi utk menaiki semula ...tahniah utk semua hikers ye ...kami turun le..
Kami sampai bawah dalam 12.00 dan ambik kesempatan berehat di perkarangan OCBC. Masing2 pun dh kelaparan so kita decide ke Burger King 


Sekian Terima kasih

Catatan Kapten Rainforest


























#Gunung Brinchang Barat 2031 meter

#Rainforest Tracker's 25/02/2018 #Gunung Brinchang Barat 2031 meter Assalamualaikum uolsss , selamat bersua kembali dalam episod hiking...