*07/01/2018
Assalamualaikum uollss....Alhamdulillah berjumpa kembali dalam episod baru hiking di tahun baru. Semoga urusan kita semua dpermudahkan segalanya dan yg pasti impian anda harap2 terlaksana la ye.
Kunjungan kali ini hanya 4 ahli sahaja yg berkesempatan dan berani sahut cabaran ...untuk kumpulan ini kali pertama kami terjah gunung iaitu Tuk Wan atas sikit dr Broga Peak...
Kami bermula awal pagi ni dan tiba di lokasi parking sekitar 7.45am dan dikenakan RM4 utk 4 org.
Trek pun bermula dgn agak santai dan terus santai (rasanya kapten dan kakyani dh ade pace kut so very easy la kat sini)
xsampai 20 minit kami dh sampai kaki Broga
Berjaya takluk Broga .....wow view memang awesome kat sini....so rasa2nya atas broga ni hampir 200 org hikers so kita mendapat limit space utk ambik selfie..
8.30 pg-9.00pg
Setelah menghabiskan masa sedikit, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Tuk Wan yg kira2 4km dr Broga Peak...(Dinasihatkan semua hiker yg hendak ke Tukwan perlu mempunyai bekalan air yg cukup)
Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke puncak dalam 11.30pg ...wow berpeluh jugak wei
Hampir 2 jam juga la perjalanan ke atas....disini kami terserempak dgn satu group hiker gunung yg baek punya....
Pemandangan disini amat la terhad kerana terlalu byk rimbunan pohon yg menghalang view dr puncak ni...
Yang penting picture di bawah ni....sebagai bukti kami disini...
30 minit utk rehatkan kaki dan badan serta mkn tgh hari snickers dan kerepek ...
Kami pun beredar meninggalkan group hiker yg awesome tu (dorang siap pasang fly & ground, masak lagi pehhh) bye2 geng la..
Perjalanan turun amat memenatkan kerana kami terpaksa turun naik turun naik turun utk ke broga yg memakan masa sejam 20 minit .
Trademark rainforest
Masa ni dh line clear......
Dalam 1.15 kami sampai d broga dan kebetulan panas mentari fuhh mencacak di atas dan juga kehabisan bekalan air ...
Allahu akbar ...terasa langkah kaki ini sudah longlai dan tidak bermaya tapi kami teruskan jugak hingga ke parking ...Kami sign off Broga sekitar 2.00ptg dan mencari mkn tghari yg disponsor oleh Abg Fadil kite....Thanks bro dan kami pun beredar...
Satu pengalaman baru utk kapten menerjah gunung ialah jgn under estimate kawasan pergunungan, yg penting stamina dan persiapan rapi fizikal dan mental...
Kapten Rainforest Tracker's
Sign Off
No comments:
Post a Comment