#09/09/2017
Assalamualaikum, salam perkenalan uollss dan semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah S.W.T... Alhamdulillah akhirnya kumpulan kami berjaya membuat hiking pertama "debut" untuk rainforest tracker's. Biasalah sambutan awal berapa kerat je la yang ado...maybe lepas2 ni bertambah la ahlinya..
Kami bermula dengan berkumpul d Rawang dan bertolak sekitar 8.15pagi dan kira2 jam 9.00pagi kami tiba di Bukit Gasing
*Dari kiri Hakim,Rain,Hafiz,Umi dan Min
Setibanya kami disana, disambut pula oleh presiden kumpulan kami iaitu saudara Zairul a.k.a Leader memerangkap founder untuk kumpulan kami.
Tepat 9.10 pagi kami memulakan dengan snap selfie trademark bukit gasing dan meneruskan langkahan hiking pertama...
Dalam masa kurang sejam kami mendaki akhirnya sampai la ke puncak yang boleh dbanggakan oleh kami iaitu tapak dibahagian tepi kuil india setinggi 150 meter. Kat sini view amatlah cantik dan segar melihat panorama kawasan perumahan sekitar petaling jaya. Kami mengambil masa 20 minit untuk ber'selfie' dan menikmatinya.
Kami meneruskan perjalanan turun yang agak berliku la sangat melalui kawasan tangki air SYABAS (macam cerita Zombie pun ade) amat misteri dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke jambatan besi. Maafla gambar sebenar tidak dapat disertakan pada ketika berada disini.
*Jambatan besi yang dimaksudkan
Kami meneruskan langkahan seterusnya untuk ke kawasan jambatan gantung yang digembar-gemburkan hebat tu malang bagi kami maps yang disediakan d google tidak sama dengan situasi yang sebenarnya sehinggakan kami hilang arah seketika dan tanpa berputus harapan kami search trail yang lain sehingga menjumpai sebuah bukit lagi sekitar ketinggian 157meter dan kemudiannya baru lah kami menjumpai jambatan gantung tersebut.
Alhamdulillah hajat pun tercapai dek jambatan gantung ni, kami menghabis masa dalam 10 minit dan akhirnya kami bercadang untuk right off so kami mengikut jalan keluar yang paling dekat dengan kawasan perumahan dan snap lagi sekeping.(12.30pm)
Biasala sebagai permulaan ada cacat celanya so yang penting kami enjoy our 1st hiking walaupun bukit je ......Nanti kita jumpe lagi next hiking of October
Bye
Syahrin Shah
Kapten Rainforest Tracker's
0173849497
No comments:
Post a Comment