#Bukit Batu Chondong
#07/10/2017- 262 meter
Assalamualaikum uollss...selamat bersua kembali dalam kisah hiking yang kedua dan kali ini kami hanya bertiga sahaja yang berkesempatan membuat penerjahan bukit pada kali ini. Kami mengambil sarapan dahulu di sekitar rawang sedangkan keadaan persekitaran masih lagi hujan pagi ini.
Tanpa melengahkan masa, kami bertolak ke lokasi bukit batu chondong yang berdekatan dengan Zoo Negara. Mula ingat nak bertukar rancangan sahaja tetapi apabila hujan sudah berhenti kehadiran kami bagaikan disambut seperti DSM hehehe
Sampai dilokasi parking dikenakan RM3.00 untuk setiap kereta dan RM1.00 kepada penjaga kawasan entrance tersebut (ikhlas je la)...Entrance yang biasa diguna oleh hiker sebelum ini sudah pun ditutup (Kawasan Kebun orang ).Tepat 9.20 pagi kami memulakan pendakian.
Start-start je dan mencanak ketinggian bukit ni ...pehhh tercabut lutut teman....abg syukri sampai nak pitam rasanya ...manakala our leader relax je dihadapan ......Kami terpaksa mengharungi denai yang basah, licin dan berair ...menerjah kawasan berbuluh dan bernyamuk hehehe dalam 10-15 minit kami sampai dipersimpangan dilemma hehhe ke Asahan Waterfall dan ke Bukit Batu Chondong
Kami jalan terus la sehingga sampai ke kaki bukit yang mencanak itu....wow mencabar guys ..sesiapa yg baru pastikan ada stamina sikit untuk pendakian ini...Kami terpaksa menggunakan tali serta kasut perlu grip bahagian batu untuk memudahkan pendakian...
Sehingga kami sampai ke batu yang paling tinggi iaitu puncaknya ada dua jalan menaiki iaitu menegak menggunakan hose bomba yang disediakan sebagai tali dan satu lagi jalan memegang akar kayu serta tali pengakap yang sedia ada disini....sebagai REMINDER kekuatan tangan dan kaki amat penting disini taw....selain bantuan sokongan dari hikers yang lebih berpengalaman membantu utk naik dan turun.....
Enjoy the picture guys
ALhamdulillah kami berjaya menawan bukit batu chondong setinggi 260 meter ....
Selepas selesai menuruni bukit kami singgah ke tempat air terjun Asahan yang mengambil masa lagi 45 minit dari persimpangan tadi dan rasanya nanti korang alami la sendiri la ye.
Akhir kata kami selesai mandi manda ..ermmm sejuk siul ...kami pun turun melalui track ATV untuk memudahkan perjalanan kami sehingga ke parking kereta (hampir sejam jugak sebab kena tunggu giliran AtV menggunakan laluan tersebut) 2.30 petang.
Sekian
Catatan Kapten
Syahrin Shah
Rainforest Tracker's
Wednesday, 25 October 2017
#Bukit Gasing (1st Hiking)
#Rainforest Tracker's - Bukit Gasing
#09/09/2017
Assalamualaikum, salam perkenalan uollss dan semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah S.W.T... Alhamdulillah akhirnya kumpulan kami berjaya membuat hiking pertama "debut" untuk rainforest tracker's. Biasalah sambutan awal berapa kerat je la yang ado...maybe lepas2 ni bertambah la ahlinya..
Kami bermula dengan berkumpul d Rawang dan bertolak sekitar 8.15pagi dan kira2 jam 9.00pagi kami tiba di Bukit Gasing
*Dari kiri Hakim,Rain,Hafiz,Umi dan Min
Setibanya kami disana, disambut pula oleh presiden kumpulan kami iaitu saudara Zairul a.k.a Leader memerangkap founder untuk kumpulan kami.
Tepat 9.10 pagi kami memulakan dengan snap selfie trademark bukit gasing dan meneruskan langkahan hiking pertama...
Dalam masa kurang sejam kami mendaki akhirnya sampai la ke puncak yang boleh dbanggakan oleh kami iaitu tapak dibahagian tepi kuil india setinggi 150 meter. Kat sini view amatlah cantik dan segar melihat panorama kawasan perumahan sekitar petaling jaya. Kami mengambil masa 20 minit untuk ber'selfie' dan menikmatinya.
Kami meneruskan perjalanan turun yang agak berliku la sangat melalui kawasan tangki air SYABAS (macam cerita Zombie pun ade) amat misteri dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke jambatan besi. Maafla gambar sebenar tidak dapat disertakan pada ketika berada disini.
*Jambatan besi yang dimaksudkan
Kami meneruskan langkahan seterusnya untuk ke kawasan jambatan gantung yang digembar-gemburkan hebat tu malang bagi kami maps yang disediakan d google tidak sama dengan situasi yang sebenarnya sehinggakan kami hilang arah seketika dan tanpa berputus harapan kami search trail yang lain sehingga menjumpai sebuah bukit lagi sekitar ketinggian 157meter dan kemudiannya baru lah kami menjumpai jambatan gantung tersebut.
Alhamdulillah hajat pun tercapai dek jambatan gantung ni, kami menghabis masa dalam 10 minit dan akhirnya kami bercadang untuk right off so kami mengikut jalan keluar yang paling dekat dengan kawasan perumahan dan snap lagi sekeping.(12.30pm)
Biasala sebagai permulaan ada cacat celanya so yang penting kami enjoy our 1st hiking walaupun bukit je ......Nanti kita jumpe lagi next hiking of October
Bye
Syahrin Shah
Kapten Rainforest Tracker's
0173849497

Subscribe to:
Posts (Atom)
#Gunung Brinchang Barat 2031 meter
#Rainforest Tracker's 25/02/2018 #Gunung Brinchang Barat 2031 meter Assalamualaikum uolsss , selamat bersua kembali dalam episod hiking...
-
#Rainforest Tracker's 25/02/2018 #Gunung Brinchang Barat 2031 meter Assalamualaikum uolsss , selamat bersua kembali dalam episod hiking...
-
#Rainforest Tracker's 10/02/2018 #Bukit Engku Busu 331 meter Assalamualaikum uollss dan salam sejahtera bersua kembali perjalanan hi...
-
#Bukit Sri Bintang (155 meter) #25/12/2017 Assalamualaikum uollss dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan semoga kalian dirahmati Al...